13 July 2008

Kejuruteran Kimia

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi.
Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya.
Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru.
Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial.
Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya.
Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain.

Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.
Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.
Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual. Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.
Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ianya tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang.
Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.
Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass) dan pemeliharaan tenaga (Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (thermodynamics), reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan (transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses, yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa


Photobucket

Keterangan Tugas
Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain;
Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;
Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;
Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi;
Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada;
Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-proses berkaitan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;
Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.Pekerjaan Yang Dikelas Di

Bidang Ini Antaranya:
Jurutera Kimia Petroleum Dan Gas
Jentera Kimia Cat Dan Varnis
Jurutera Kimia Baja
Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal
Jurutera Kimia Makanan
Ahli Teknologi Plastik
Ahli Teknologi Getah, Dll

Pada masakini kejuruteraan kimia merupakan bidang yang luas yang merangkumi bidang dari bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral.

Kejuruteraan biokimia
Kejuruteraan bioperubatan (Biomedical Engineering)
Bioteknologi (Biotechnology)
Seramik
Alam sekitar
Dinamik cecair (Fluid Dynamics)
Pemindahan haba (heat transfer)
Sejarah kejuruteraan kimia
Pemindahan jisim (Mass transfer)
Sains mineral
Teknologi nano
Reaktor
Proses penceraian (separation processes) (lihat juga: Penceraian campuran (Separation of mixture))
Proses membrane (Membrane Processes)
Proses penyulingan (Distillation Processes)
Proses pengkristalan (Crystallization Processes)
termodinamik
Teknologi partikel (particle technology)
Polymer
Kawalan proses (process control)
Rekabentuk proses (process design)
Pulp dan kertas (Pulp and Paper)


Ciri-Ciri Peribadi
Kebolehan akademik
Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik
Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan
Berminat membuat uji kaji di makmal
Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
Kebolehan bekerja berpasukan
Minda yang kreatif dan analitik
Kemampuan dalam perincian, Dll.

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan.
Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.
Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.
Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik.
Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian.
Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar.
Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya :-1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Inti College Malaysia
4. Kolej Linton
5. L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

7 comments:

firdaus said...

thanks for this post...
now I knew what the specialities about this course...
but I'm still don't know which chem. eng. that I want to choose...
gas....pilomer...or bioproses...

firdaus said...

I'm sorry..not pilomer...but polymer...

Engr. Affan said...

Im process engineer aka chemical engineer in oil n gas. Dlm industri chem eng always known as process engineer and normally process eng is the master in the plant due to his knowledges in process. It is advisable to involve in oil n gas sebab responsibilities dia agak mencabar terutamanya in upstream. Good luck

tail me :D said...

thank you very much!!!! selesai keje skola!!! hehe

oALIFFo said...

chemical engineering skang dekat uitm pon ade :)

Budak_Cyber said...

hm...antara dip kejuruteraan kimia dgn form6 aliran sains mana patut saya pilih???

Fazli Fazli said...

Kalau saya ambik kejuruteraan farmaseutikal apakah peluang pekerjaan yang saya dapat di sektor awam?