08 July 2008

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

2 comments:

Qeyna said...

Assalamualaikum..kalau nak berada dalam bidang ni, apa subjek2 yang perlu ditekankan semasa di sekolah menengah? Sebab saya sekarang nak masuk Form 5 tapi saya tak berapa mahir tentang semua ni...

Meya Asmira said...

Wasalam..subjek sebjek sains memang penting.
Esp, fizik, kimia dan add math.