21 July 2008

Kejuruteraan Genetik

Photobucket

Secara ringkasnya kejuruteraan genetik dapat diertikan dengan pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.Seperti yang kita tahu semua kehidupan terdiri dari unsur yang asas iaiatu DNA. Tidak kira haiwan atau tumbuhan , semuanya mempunyai DNA, bahkan Virus juga mempuyai RNA atau DNA.Didalam DNA inilah tersimpanya maklumat maklumat yang diperlukan bagi sesuatu sel itu untuk berfungsi seperti biasa.

Ada banyak teknik dalam kejuruteraan genetik, secara ringkasnya

Pengasingan Gen yang dikehendaki
Pengisian gen-gen tersebut kedalam vektor( sasaran)
Transformasi sel bagi organisma yang diubahsuai
GMO(Organisma yang diubahsuai genetiknya) adalah berbeza dari organisma yang tidak diubah suai)

Saudara pernah tak terfikir bagaimana pada satu ketika dahulu

14 July 2008

Kejuruteraan Kaji Logam

metalurgi

Metalurgi atau kaji logam merujuk satu bidang dalam sains bahan dan kejuruteraan bahan yang mengkaji sifat fizik dan kimia unsur logam dan sebatiannya (yang dipanggil aloi).
Metalurgi merupakan sebuah bidang keteknikan yang mempelajari tentang material logam sebagai bahan yang digunakan sehari-hari, pembelajaran tentang logam dimulai dari penambangan/pengambilan mineral logam didalam bumi kemudian diolah menjadi bahan mentah untuk dijadikan produk setengah jadi dengan proses-proses metalurgi seperti pengecoran pembentukan pengelasan untuk dijadikan produk jadi yang kemudian di finishing dengan diberikan perlakuan permukaan atau meningkatkan kekuatan sebelum digunakan/dipasarkan.

Metalurgi tidak terhad kepada mengeluarkan logam dari bijih atau batuan asalnya. Istilah metalurgi moden kini lebih meluas; mengeluarkan dan menyediakan logam beradioaktif, mengeluarkan logam dari bijih batuan bermutu rendah, mengeluar dan menulenkan logam berharga, dan menyediakan formulasi campuran logam bagi membentuk aloi. Kini metalurgi dalam bidang logam berharga semakin mendapat perhatian dan pakar di dalam metalurgi logam berharga sering diperlukan.


'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam). Logam terbahagi kepada dua kumpulan: "Ferus" dan "tidak-Ferus." Logam ferus mengandungi besi (ferum) manakala logam bukan-ferus terdiri dari tiga jenis; "nobel" atau logam yang berharga, logam asas (base metal) dan logam ringan (light metal).

metalurgi

Kejuruteraan bahan merupakan sesuatu bidang antara disiplin yang melibatkan ciri-ciri jirim dan penggunaan jirim dalam pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Sains ini mengaji hubungan antara struktur bahan-bahan dan ciri-ciri mereka. Bidang ini meliputi fizik gunaan dan kimia, serta kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanik, kejuruteraan sivil dan kejuruteraan elektrik. Sains bahan semakin berkembang disebabkan perhatian yang meningkat kepada bidang nanosains dan nanoteknologi.

Kejuruteraan Perisian

Kejuruteraan perisiaan ialah proses pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi-aplikasi perisian dengan mengaplikasikan konsep pembangunan dan amalan dari sains komputer, pengurusan projek dan kejuruteraan.

Perisian komputer terdiri daripada progam-program yang membolehkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas tertentu.
Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.

Pengaturcaraan ialah kemahiran mengarang set arahan atau perintah yang kemudiannya boleh diterjemah dan dilaksanakan oleh komputer (atau mana-mana mesin elektronik). Biasanya kemahiran mengaturcara memerlukan pemikiran logik dan kebolehan mentaakul.
Dalam kejuruteraan perisian, pengaturcaraan dianggap sebagai satu tahap dalam proses pembangunan perisian.

Kejuruteraan Mekatronik

Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang utama bidang kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanik, elektronik dan perisian. Tujuan bidang kejuruteraan antara disiplin ini ialah kajian tentang automaton dari perspektif kejuruteraan dan bertujuan pengawalan sistem hibrid termaju.

Photobucket

Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang apabila digabungkan, membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah, ekonomi, boleh diharap dan serba guna. Kata lakur "mekatronik" dicipta oleh En. Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan di sebuah syarikat Jepun, Yaskawa pada 1969. Mekatronik boleh juga dirujuk sebagai "sistem elektromekanik" atau kadang kala "kejuruteraan kawalan dan automasi".

Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini menghasilkan ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan pintar dalam sistem kawalan anti-brek mati dan pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas elektronik di rumah seperti mesin basuh, perakam video dan kamera digital.

Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga bidang iaitu mekanik, elektronik dan perisian menghasilkan model sistem, manakala simulasi adalah hasil daripada gabungan mekanik, perisian dan kawalan. Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan elektronik, kawalan dan perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik, mekanik dan kawalan. Gabungan dua bidang pula seperti mekanikal dan elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar kawalan adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan digital adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik merangkumi semua ini.

Sibernetik kejuruteraan menangani soalan kejuruteraan kawalan sistem mekatronik. Ia digunakan untuk mengawal atau melaraskan sistem seperti ini; lihat teori kawalan. Paradigma berasaskan-komponen merupakan sejenis sistem pengeluaran kawalan teragih yang menggunakan CAN atau LAN untuk menghubungkan modul mekatronik berautonomi. Dengan berkerjasama, modul mekatronik menjalankan matlamat pengeluaran dan mewarisi ciri pembuatan fleksibel dan tangkas dalam rancangan pengeluaran. Kelengkapan pengeluaran moden terdiri dari model mekatronik yang disepadukan mengikut satu seni bina kawalan. Seni bina yang paling terkenal melibatkan hierarki, poliarki, heterarki dan hibrid. Kaedah yang digunakan untuk mecapai kesan teknik dierangkan oleh algoritma kawalan, yang mungkin menggunakan kaedah formal dalam reka bentuknya.

Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam matematik kejuruteraan, mekanik, reka bentuk komponen mesin, reka bentuk mekanik, termodinamik, litar dan sistem, elektronik dan komunikasi, teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan robotik.

Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang mekatronik untuk merangkumi produk dan proses dari segi [1]:
sistem pemodelan dan rekaan
penyatupaduan atau integrasi sistem
penderia (sensor) dan penggerak (actuator)
sistem kawalan pintar
robotik
sistem pengeluaran
sistem kawalan gerakan
sistem kawalan bunyi dan getaran
sistem peralatan mikro dan opto-elektronik
sistem automotif

Satu kelainan terbaru dalam bidang ini ialah biomekatronik, yang bertujuan menggabungkan mesin dan manusia, biasanya dalam bentuk alat boleh tanggal seperti rangka luar (exoskeleton). Ini merupakan versi nyata untuk peralatan siber (cyberware).

Kejuruteraan Perhubungan

Kejuruteraan perhubungan atau kejuruteraan telekomunikasi merupakan bidang kejuruteraan yang menggabungkan bidang kejuruteraan Perhubungan, Elektronik komputer dan teknologi maklumat.

Ia mula mendapat perhatian apabila permintaan terhadap kecekapan sistem penghantaran maklumat menjadi semakin penting. Kini, semua urusan yang melibatkan pertukaran maklumat perlu dilakukan dengan mudah, cepat, murah dan mempunyai tahap keselamatan dan keboleharapan yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya infrastruktur dan tenaga mahir di dalam bidang telekomunikasi. Oleh itu, ahli sains dan teknologi serta jurutera yang mahir dan cekap dalam bidang sistem telekomunikasi, elektronik, komputer dan teknologi maklumat amat diperlukan.

Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

Kejuruteraan Bioperubatan

kejut bioprubtn

Kejuruteraan bioperubatan didefinisikan sebagai aplikasi teknik dan prinsip kejuruteraan kepada bidang perubatan. Menurut Professor John G. Webster, kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.

Ia merupakan penggunaan kemahiran reka bentuk dan mengatasi masalah dalam kejuruteraan dalam sains biologi dan perubatan untuk membaiki perkhidmatan kesihatan untuk para pesakit serta kualiti hidup individu-individu. Ia lebih berkait dengan biologi, isu keselamatan dan pengawasan berbanding kejuruteraan bentuk lain.

Secara umumnya, bidang kejuruteraan tradisional yang menjadi asas kepada kejuruteraan bioperubatan adalah kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.Prinsip kedua-kedua bidang kejuruteraan ini menjadi asas kepada silibus kejuruteraan dalam kejuruteraan bioperubatan.Cabang-cabang kejuruteraan lain termasuklah kejuruteraan kimia, kejuruteraan optikal dan kejuruteraan bahan.

Jurutera bioperubatan telah diajar dan perlu mengetahui ilmu-ilmu asas dalam kejuruteraan-kejuruteraan tersebut seperti Analisis Litar, Elektronik Analog dan Digital, Pemprosesan Isyarat, Sistem Kawalan, Statik dan Dinamik, Teori Elektromagnet, dan juga Matematik Kejuruteraan. Selain itu, jurutera bioperubatan turut diajar subjek-subjek perubatan seperti anatomi dan fisiologi untuk membolehkan mereka memahami mengaplikasikan ilmu kejuruteraan tersebut kepada sistem manusia.

Kejuruteraan bioperubatan merupakan bidang yang baru, dan merangkumi penyelidikan dan pembangunan dalam bioinfomatik, pengimejan perubatan, pemprosesan imej, pemprosesan isyarat fisiologi, biomekanik, biobahan, biokejuruteraan, analisis sistem, pemodelan 3-D dan sebagainya.

Contoh pengaplikasian kejuruteraan bioperubatan termasuk perkembangan dan pembuatan prostetik, alat perubatan, alat diagnosis, alat pengimejan seperti MRI dan EEG serta ubat farmaseutik.

Kebanyakan peranti perubatan adalah selamat, sama ada yang memangnya selamat ataupun yang mempunyai peranti atau sistem tambahan agar dapat mengesan kegagalan mereka dan menutup secara automatik. Biasanya, peraturan asas adalah satu kegagalan tidak harus menjadikan kaedah terapi itu tidak selamat pada sebarang masa dalam kitaran tempoh hayatnya.

Kejuruteraan Aeroangkasa

Kejuruteraan ruang angkasa ialah cabang kejuruteraan yang berkenaan dengan pesawat udara, kapal angkasa lepas, serta topik-topik berkait. Bidang ini sering kali digelarkan kejuruteraan penerbangan, terutamanya ketika merujuk hanya kepada pesawat udara, dan kejuruteraan astronautik ketika merujuk kepada kapal angkasa lepas.

Jurutera-jurutera ruang angkasa mereka bentuk, mengembangkan, dan menguji pesawat udara, kapal angkasa lepas, dan peluru, serta mengawasi pengilangan produk-produk ini. Mereka yang melibatkan diri dengan pesawat udara dipanggil jurutera penerbangan, sedangkan mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kapal angkasa lepas dipanggil jurutera astronautik.
Jurutera-jurutera penerbangan memperkembangkan teknologi-teknologi baru untuk kegunaan dalam penerbangan, sistem pertahanan, dan penjelajahan angkasa lepas. Sering kalinya, mereka mengkhusus dalam bidang-bidang seperti reka bentuk binaan, panduan, pandu arah dan kawalan, pengalatan dan komunikasi, atau kaedah pengeluaran. Mereka mungkin juga mengkhusus dalam sejenis produk ruang angkasa, seperti pesawat udara perdagangan, pesawat pejuang, helikopter, kapal angkasa lepas, atau peluru dan roket, dan menjadi pakar dalam bidang aerodinamik, termodinamik, ilmu mekanik jumantara, perejangan, akustik, atau sistem panduan dan kawalan.


Beberapa unsur dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa adalah seperti berikut:
Mekanik bendalir - kajian aliran bendalir di sekeliling objek, khususnya aerodinamik yang berkenaan dengan aliran udara pada jasad-jasad seperti sayap, atau melintasi objek seperti terowong angin (sila lihat pengangkat dan aeronautik).
Dinamik dan mekanik kejuruteraan - kajian tentang pergerakan, kuasa, dan momen dalam sistem-sistem mekanik.
Matematik - oleh sebab kebanyakan mata pelajaran dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa melibatkan persamaan serta manipulasi dan penerbitan matematik, penguasaan matematik yang kukuh dan menyeluruh diperlukan untuk membolehkan pembelajaran yang berkesan terhadap modul-modul yang lain.
Elektroteknologi - kajian elektronik dalam bidang kejuruteraan.
Perejanan - tenaga untuk menggerakkan pesawat di udara (atau angkasa lepas) dibekalkan oleh enjin pembakaran dalam, enjin jet dan turbo mesin, atau roket (sila lihat juga perejang dan perejanan kapal angkasa lepas).
Kejuruteraan kawalan - kajian tentang pemodelan matematik untuk sistem-sistem dan tentang perekaan bentuk supaya pesawat-pesawat akan bertindak dengan cara yang dikehendaki. Oleh sebab sistem kawalan penerbangan pesawat udara semakin rumit, bidang ini kini dikaji sebagai satu modul yang berasingan.
Struktur pesawat udara - mereka bentuk tatabentuk fizikal untuk pesawat-pesawat supaya dapat bertahan daripada daya-daya yang dialami semasa penerbangan. Kejuruteraan ruang angkasa bertujuan untuk memastikan bahawa struktur-strukturnya adalah ringan.
Sains bahan - kejuruteraan ruang angkasa juga mengkaji bahan-bahan yang digunakan untuk membina struktur ruang angkasa. Bahan-bahan baru dengan sifat yang khusus direka, atau bahan-bahan yang sedia ada diubah suai untuk memperbaik prestasinya.
Keanjalan udara - saling tindak antara daya-daya aerodinamik dengan kelenturan struktur berpotensi untuk mengakibatkan sayap mengepak-ngepak, serta juga kecapahan, dan sebagainya.
Avionik - berkenaan khususnya dengan reka bentuk dan pengaturcaraan sistem-sistem komputer di dalam pesawat udara atau kapal angkasa lepas, serta penyelakuan sistem-sistem. Kelengkapan pandu arah merupakan tumpuan kajian ini.
Risiko dan kebolehpercayaan - kajian tentang risiko dan teknik penilaian kebolehpercayaan, serta matematik yang terlibat dan kaedah-kaedah kuantitatif.
Kawalan hingar - kajian tentang mekanik untuk pemindahan bunyi. Diperlukan kerana aras hingar adalah pertimbangan yang amat penting dalam industri ruang angkasa terkini.
Kebanyakan unsur ini mendasarkan matematik teori, seperti ilmu dinamik bendalir untuk aerodinamik, atau persamaan gerakan untuk dinamik penerbangan. Bagaimanapun, terdapat juga komponen empirik yang besar. Secara sejarah, komponen empirik ini berasal daripada pengujian model skala dan prototaip, baik di dalam terowong angin mahupun di dalam atmosfera bebas. Lebih terkini, kemajuan dalam komputeran telah membolehkan penggunaan dinamik bendalir pengiraan untuk selaku sifat bendalir dan oleh itu, mengurangkan masa dan belanja yang diperlukan untuk ujian terowong angin.
Selain itu, kejuruteraan ruang angkasa menumpukan perhatian kepada penyepaduan semua komponen yang membentuk kenderaan ruang angkasa (subsistem-subsistem yang termasuk kuasa, komunikasi, kawalan terma, sistem sokongan hidup, dan sebagainya) serta kitar hayatnya (reka bentuk, suhu, tekanan, sinaran, halaju, masa hayat) yang menyebabkan cabaran-cabaran dan penyelesaian-penyelesaian luar biasa yang khusus untuk domain kejuruteraan sistem-sistem ruang angkasa.

Budaya popular bukan tidak dipengaruhi oleh cabang kejuruteraan ini. Istilah "ahli sains roket" kekadang digunakan untuk memerihalkan seseorang yang luar biasa atau dalam konteks ini, mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi daripada kecerdasan orang biasa. Kejuruteraan ruang angkasa juga dilambangkan sebagai puncak kejuruteraan yang lebih "bergemerlapan".
Filem Apollo 13 menggambarkan pasukan darat sebagai sekumpulan wira dalam gaya Hollywood yang memuji kecerdasan dan kecekapan orang profesional yang memakai baju putih dan tali leher sebagai perbezaan yang ketara terhadap arah-arah aliran budaya pop. Ini kemudian dilanjutkan dengan lebih perincian dalam siri keluaran sampingan, Dari Bumi ke Bulan.

Tugas tugas dalam kejuruteraan

Tugas umum jurutera dalam perindustrian adalah bagi mereka bentuk sistem industri yang melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan.
Sistem-sistem yang dibentuk ini adalah dengan melibatkan dalam susun atur aktiviti-aktiviti pekerja, menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja,menerangkan tentang kaedah kerja yang lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran(OUPUT), kos masukan (INPUT), dan kos bahan keperluan pekerja, penyediaan skim insentif, MRP dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat

Kejuruteraan

Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.

Bandingan dengan profesyen lain
Kejuruteraan lebih mementingkan pelaksanaan jawapan bagi sesuatu masalah. Misalnya seorang saintis mungkin akan bertanya "mengapa?" dan meneruskan kajiannya untuk mencari jawapan soalan tersebut tetapi jurutera lebih berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengetahui puncanya.
Dengan kata lain, saintis mengkaji fenomena, manakala jurutera mencipta jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah.
Contohnya, Thomas Edison, (seorang saintis) mencipta fonograf. Beliau kemudiannya mengarahkan pembantunya yang merupakan seorang ahli teknologi atau jurutera untuk memperbaiki alat tersebut dengan membuang harmonik daripada hasil bunyinya.

13 July 2008

sedikit lampiran

Jam mekanikal ini dicipta oleh Taqiyyuddin, ahli astronomi di Istanbul pada tahun 966H. Model ini dihasilkan berdasarkan bentuk dan keterangan Taqiyyuddin dalam kitabnya tentang jam.
Photobucket


PISTON adalah satu komponen dalam enjin dan ia terletak di dalam silinder yang menjadikan gas termampat oleh penggunaan gegelang piston.Dalam sesuatu enjin, tujuan piston ialah memindahkan kuasa daripada gas yang terhasil dalam silinder ke ‘crankshaft’ menerusi rod piston yang menyambungkannya.Piston secara umumnya boleh diibaratkan sebagai jantung sesebuah enjin. Ia adalah medium utama yang mencetus pergerakan bagi membolehkan motosikal atau apa jua kenderaan bergerak. Selain itu, piston juga mempengaruhi jumlah kekuatan enjin berkenaan dengan kebiasaannya, motosikal ‘kapcai’ hanya mempunyai satu piston saja begitu juga dalam perlumbaan Cub Prix, hanya motosikal satu piston saja dibenarkan.
Photobucket


JURUTERA...PELUANG KERJA TERBUKA LUAS

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara.
Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan?
Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.

Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Kejuruteran Kimia

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi.
Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya.
Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru.
Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial.
Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya.
Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain.

Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.
Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.
Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual. Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.
Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ianya tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang.
Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.
Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass) dan pemeliharaan tenaga (Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (thermodynamics), reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan (transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses, yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa


Photobucket

Keterangan Tugas
Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain;
Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;
Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;
Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi;
Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada;
Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-proses berkaitan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;
Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.Pekerjaan Yang Dikelas Di

Bidang Ini Antaranya:
Jurutera Kimia Petroleum Dan Gas
Jentera Kimia Cat Dan Varnis
Jurutera Kimia Baja
Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal
Jurutera Kimia Makanan
Ahli Teknologi Plastik
Ahli Teknologi Getah, Dll

Pada masakini kejuruteraan kimia merupakan bidang yang luas yang merangkumi bidang dari bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral.

Kejuruteraan biokimia
Kejuruteraan bioperubatan (Biomedical Engineering)
Bioteknologi (Biotechnology)
Seramik
Alam sekitar
Dinamik cecair (Fluid Dynamics)
Pemindahan haba (heat transfer)
Sejarah kejuruteraan kimia
Pemindahan jisim (Mass transfer)
Sains mineral
Teknologi nano
Reaktor
Proses penceraian (separation processes) (lihat juga: Penceraian campuran (Separation of mixture))
Proses membrane (Membrane Processes)
Proses penyulingan (Distillation Processes)
Proses pengkristalan (Crystallization Processes)
termodinamik
Teknologi partikel (particle technology)
Polymer
Kawalan proses (process control)
Rekabentuk proses (process design)
Pulp dan kertas (Pulp and Paper)


Ciri-Ciri Peribadi
Kebolehan akademik
Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik
Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan
Berminat membuat uji kaji di makmal
Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
Kebolehan bekerja berpasukan
Minda yang kreatif dan analitik
Kemampuan dalam perincian, Dll.

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan.
Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.
Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.
Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik.
Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian.
Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar.
Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya :-1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Inti College Malaysia
4. Kolej Linton
5. L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Kejuruteraan Elektronik

Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik.
Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

Keterangan Tugas
Memberi nasihat dan merekabentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain;
Membuat penyelidikan serta merekabentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan;
Mengurusselia dan menyelaras kerja-kerja para teknik dalam rekabentuk produk atau pengeluaran;
Merekabentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan mereka untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan pasaran,
Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasang sistem elektronik juga memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut standard serta memenuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan yang ketat;
Memberi nasihat dan serta mengkaji cadangan rekabentuk, mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang rekabentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan system yang boleh dipasarkan;

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
Jurutera Kuasa Nukleur
Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan
Jurutera Kenderaan /Otomotif
Jurutera Mekanik/Aeronautik
Jurutera Marin Dll

Ciri-Ciri Peribadi
Mempunyai kebolehan akademik
Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
Minat dalam keusahawanan
Ketepatan dalam kerja
Kecenderungan kepada bidang mekanik
Minat dalam proses-proses mekanik
Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan
Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
Kebolehan bekerja berpasukan
Minda yang kreatif dan analitik
Kemampuan dalam perincian, Dll.

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.
Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.
Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.
Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik.
Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar.
Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Teknologi Malaysia
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5. Universiti Teknologi Mara
6. Universiti Sains Malaysia
7. Universiti Putra Malaysia
8. Universiti Malaysia Sarawak
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Kolej Ikram
4. Inti College Malaysia
5. Kolej Linton
6. L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

12 July 2008

Kejuruteraan Elektrik

Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik.
Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Photobucket

Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan. Bidang ini menjadi pekerjaan yang semakin dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan pengkomersialan telegraf elektrik dan bekalan tenaga elektrik. Bidang ini terdiri daripada beberapa subbidang, termasuk kejuruteraan kuasa, elektronik, sistem kawalan, pemprosesan isyarat, telekomunikasi.

Photobucket

Litar elektronikKejuruteraan elektrik tidak semestinya merangkumi kejuruteraan elektronik. Oleh itu, bidang ini kadangnya dikenali sebagai "kejuruteraan eletrik dan elektronik". Kejuruteraan elektrik merujuk kepada penanganan masalah berkenaan dengan sistem elektrik besar seperti penghantaran kuasa dan kawalan motor; manakala kejuruteraan elektronik merupakan kajian sistem elektronik kecil seperti komputer dan litar bersepadu. Dalam kata lain, kejuruteraan elektrik merupakan cara menghantar tenaga menggunakan elektrik, manakala kejuruteraan elektronik merupakan cara menghantar maklumat melalui elektrik.

Keterangan Tugas
Menganalisa dan menyelesaikan masalah kejuruteraan;
Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan peralatan dan kemudahan kuasa elektrik;
Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, litar pintas, talian penghantaran dan peralatan lain;
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem bagi motor elektrik, kuasa tarikan elektrik dan peralatan lain atau perkakas elektrik domestik;
Mentafsir spesifikasi, lukisan, piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan perlatan kuasa elektrik dan peggunaannya;
Menyusun dan mengurus sumber yang digunakan dalam membekalkan komponen, mesin perkakas dan peralatan elektrik;
Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, suis gear, kabel dan kelengkapan;
Menyelia operasi penyelenggaraan stesen kuasa, sistem penghantaran dan pengagihan dan loji perindustrian;
Menyediakan piawaian dan prosedur kawalan untuk memastikan sistem penjanaan dan pengagihan, motor dan peralatan elektrik berfungsi dengan cekap dan selamat;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaiatan;
Membuat kerja-kerja penyeliaan dll.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini
Diantaraanya:
Jurutera Penjanaan Kuasa
Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa
Jurutera Pencahayaan Elektrik
Jurutera Peralatan Elektromekanik

Ciri-Ciri Peribadi
Mempunyai kebolehan akademik
Analisa, minda yang analitik
Cekap mengenalpasti punca masalah
Mampu membuat penyelesaian,
Berkebolehan untuk menganalisa kesulitan dan mampu menterjemahkan kepada bentuk yang praktikal
Tegas dalam membuat keputusan,
Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan
Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan
Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat
Profesional dalam hubungan dengan personel sokongan
Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar

Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk jurutera elektrik amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, pemesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar.
Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.
Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji DLL .
Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sabah
7. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
8. Universiti Teknologi Mara
9. Politeknik-Politeknik
10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Inti College
3. Kolej Bandar Utama
4. Kolej Ikram
5. L & G - Twintech Institute Of Technology
6. Pusat Teknologi Dan Pengurusan Lanjutan (Ptpl)
7. Sedaya College
8. Sepang Institute Of Technology
9. Taylor's College

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau lulus STPM Gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau yang berkaitan.

Kejuruteraan Awam

Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Photobucket

Keterangan Tugas

Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah yang baru;

Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll;

Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan;

Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar;

Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh yang diperlukan bagi projek pembinaan;

Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan;

Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar yang berkaitan;

Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan.

Photobucket

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini

Di Antaranya:

jurutera awam

jurutera awam pembinaan bangunan

jurutera awam lebuh raya dan jalan raya

jurutera awam geoteknik

jurutera awam pembinaan jambatan

jurutera awam pengairan

jurutera awam hidraulik

jurutera awam kumbahan dan sanitari



Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kerbolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian.



Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam.

Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi Mara
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej Ikram
7. L & G - Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology Dll

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan..

08 July 2008

Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )

Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.


Photobucket Delta Robot

Keterangan Tugas.

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;

  • Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem gantungan, brek, komponen-komponen lain;

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan;

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;

  • Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;

  • Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat;

  • Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;

  • Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;

  • Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar lain yang berkaitan;

  • Menyelia pekerja yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

  • Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

  • Jurutera Kuasa Nuklear

  • Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

  • Jurutera Kenderaan /Automotif

  • Jurutera Mekanik/Aeronautik

  • Jurutera Marin Dll

Ciri-Ciri Peribadi

  • Mempunyai kebolehan akademik

  • Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

  • Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

  • Minat dalam keushawanan

  • Ketepatan dalam kerja

  • Kecenderungan kepada bidang mekanik

  • Minat dalam proses-proses mekanik

  • Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

  • Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

  • Boleh bekerja berpasukan secara berpasukan

  • Mempunyai minda yang kreatif dan analitik

  • Kemampuan dalam perincian, Dll.

Kelulusan

Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Malaya

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Universiti Teknologi Malaysia

4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

5. Universiti Teknologi Mara

6. Universiti Sains Malaysia

7. Universiti Putra Malaysia

8. Universiti Malaysia Sarawak

9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn

10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Tenaga Nasional

2. Universiti Teknologi Petronas

3. Universiti Multimedia Malaysia

4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd

5. Institut Teknologi Pertama

6. Kolej Ikram

7. Inti College

8. Kolej Linton

9. L & G Twintech Institute Of Technology

10. Sepang Institute Of Technology Dll

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

Al-Jazari perintis ilmu mekanikal, kejuruteraan moden

KINCIR air atau noria di Fayyoum, Mesir, adalah sebahagian kecil pembaharuan yang berlaku pada zaman kegemilangan empayar Islam yang menjana pertumbuhan penduduk di kawasan pedalaman daripada tradisi nomad kepada penempatan tetap.

Di bawah empayar Islam, perkembangan sistem saliran diperbaiki sehingga tidak lagi bergantung kepada tenaga manusia atau haiwan.Mekanisme kejuruteraan inilah melahirkan istilah baru, �automata� atau automatik yang bermakna berjalan dengan sendiri oleh tabii alam.

Menerusi mekanisma itu, penggunaan air dibentuk dalam dwifungsi, arus air menjadi penolak alat takungan ke kedudukan atas berulang kali dengan bantuan graviti, sambil saliran air disalurkan untuk keperluan diri dan tanaman.Ilmu pengetahuan dan ciptaan kincir air yang kemudiannya memberi inspirasi kepada bidang kejuruteraan moden ini adalah hasil kepakaran tokoh terkenal, Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari.

Beliau digelar Al-Jazari mengambil sempena nama tempat kelahirannya di Al-Jazira, sebuah wilayah yang terletak di antara Tigris dan Efrat, Iraq.Sumbangan tokoh kejuruteraan Islam ini dapat dihayati menerusi siri Ilmuwan Islam terbitan TV3 malam ini, yang bakal menceritakan lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan bidang mekanikal.

Kegemilangan Al-Jazari adalah hasil manuskrip beliau berjudul �Kitab fi ma'rifat al-hiyal al-handasiyya� yang bermaksud �buku mengenai ilmu alat mekanikal yang bijak�.Manuskrip itu menjadi bukti catatan terawal penggunaan engkol, piston dan injap yang digunakan untuk menghasilkan produk yang menjadi kegunaan harian masyarakat pada waktu itu seperti mesin pengepam air.

Sememangnya masyarakat dulu memang sudah lama memanfaatkan peralatan untuk mendapatkan air menggunakan shaduf, alat yang terdiri daripada blok panjang diletakkan antara dua tiang dengan blok kayu mendatar.

Peralatan lain ialah saqiya, di mana mekanisma tengahnya terdiri dari dua gigi dan mesin itu menggunakan tenaga haiwan seperti unta atau keldai.Ilmuwan Muslim melakukan penyelidikan mengenai peralatan berkenaan untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan termasuk Al-Jazari yang merintis jalan menghasilkan mesin mengepam air.

Dua mesin pertama ciptaannya adalah hasil pengubahsuaian shaduf dan yang ketiga saqiya di mana tenaga air digunakan menggantikan tenaga binatang.Mesin yang sama seperti saqiya di letakkan di sungai Yazid di Damsyik bagi kegunaan rumah sakit yang terletak berdekatan sungai itu.

Hasil ciptaannya kelima ialah mesin yang menggunakan engkol, alat yang menghasilkan gerakan berterusan dan penemuan itu berjaya mencipta sejarah kerana engkol adalah peralatan mekanik paling penting bagi orang Eropah awal abad ke-15.Al-Jazari mengembangkan mesin engkol yang dihubungkan dengan sistem rod pada mesin pengepam air dan ini dilakukan beliau pada 1206.

Beliau juga menghasilkan mesin yang digerakkan oleh air bagi menggerakkan piston yang saling berhubungan dengan paip penyedut pada dan ia adalah contoh prinsip double acting yang pertama.Al Jazari kemudian mengumpulkan semua hasil karyanya berkaitan bidang teknikal yang lengkap dengan maklumat dari segi teori dan praktikal dalam buku berjudul Al-Jami Baim Al-Ilm wal Amal Al-Nafi Fi Sinat'at Al Hiyal.

Karyanya berbeza dengan karya ilmuwan lain kerana beliau memberi penerangan terperinci mengenai ilmu mekanikal yang mengandungi 50 peralatan yang dibahagikan kepada enam kategori.Antaranya, jam air, alat mencuci tangan dan mesin pengepam air. Jam air adalah hasil kerja gemilang Al-Jazari yang dikagumi pada acara World of Islam Festival pada 1976.

Karya beliau juga dianggap sebagai sebuah manuskrip terkenal di dunia dan menjadi teks penting untuk mempelajari sejarah teknologi kerana dilengkapi ilustrasi menakjubkan.Dengan karya gemilangnya, ilmuwan dan jurutera Islam yang mengabadikan diri di istana Artuqid di bawah naungan Sultan Nasir al-Din Mahmoud telah membawa masyarakat Islam pada abad ke-12 kepada kejayaan.

Jurutera Inggeris, Donald Hill yang tertarik dengan karya Al-Jazari menterjemahkan bukunya pada 1974.Pendekatan Al-Jazari yang menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri pada abad ke-18, diakui pakar tempatan, pensyarah dan juga penyelidik Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Wan Ramli Wan Daud.

Beliau bersama kumpulannya berjaya mencipta enjin menggunakan tenaga sel kimia berkuasa 200 watt bagi menggerakkan motosikal.Menurut Wan Ramli, apa yang diperlukan sekarang ialah menyuntik semula semangat yang dijelmakan oleh ilmuwan seperti Al-Jazari, dengan menghasilkan ciptaan untuk kesejahteraan sejagat.

Sedikit Sebanyak Tentang Mechanical Engineering

Kejuruteraan mekanik adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas mekanik. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta, membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan pemahaman kukuh konsep-konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik, termodinamik dan tenaga. Jurutera mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini dan prinsip-prinsip lain dalm mencipta dan menganalisis kereta, pesawat udara, sistem pemanasan dan penyejukan, bangunan dan jambatan, kelengkapan dan jentera industri, dan banyak lagi.