15 May 2010

Tambahan Maklumat Tentang Kejuruteraan Mekatronik

Salam.
Sejak dua menjak ini, saya banyak menerima pertanyaan tentang Kejuruteraan Mekatronik. Mungkin bidang ini sudah menjadi pilihan kepada mereka yg berminat utk melanjutkan pelajaran di ipt di Malaysia. Oleh itu, saya rasa terpanggil utk menambah beberapa maklumat tentang kejuruteraan ini. Harap dapat membantu saudara dan saudari semua.

Kejuruteraan Mekatronik  












adalah satu bidang kejuruteraan yang baru yang menggabungkan bidang-bidang Kejuruteraan Elektronik, Elektrik, Mekanikal, Kawalan, Perisian, Komputer dan Teknologi Maklumat.
Bidang ini telah menjadi popular dan semakin berkembang dengan pesatnya dalam industri-industri terutamanya industri pembuatan semenjak mikropemproses dan mikropengawal dikenalpastikan penggunaannya dalam kawalan industri. Mekatronik juga merupakan

13 May 2010

Kejuruteraan Pembuatan

Salam.
Ini serba sedikit tentang Kejuruteraan Pembuatan.
Dan kebetulan saya akan menyambungkan pelajaran saya dalam program Diploma Kejuruteraan Pembuatan di Universiti Teknikal Malysia, Melaka pada Julai 2010 akan datang.



Kejuruteraan Pembuatan
Pengenalan
Sektor pembuatan telah menyumbang impak yang besar dalam ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat 2 jenis industri yang terlibat dalam pembuatan iaitu industri pembuatan dan industri servis.

Peranan Kejuruteraan Pembuatan
  • Menilai kebolehbuatan sesuatu produk dan memberi nasihat kepada bahagian rekabentuk
  • Memilih turutan proses dan seting parameter proses seperti bahan mata alat, saiz dan bentuk, kelajuan pemotongan, kedalaman pemnotongan dan lain-lain
  • Merekabentuk alat pemegang bendakerja untuk memastikan dan mengawal posisi bendakerja ketika di dalam proses pembuatan.
  • Menganggar kos pembuatan sesuatu komponen sesuatu produk.
  • Memastikan kualiti produk yang terhasil adalah berkeadaaan baik

21 July 2008

Kejuruteraan Genetik

Photobucket

Secara ringkasnya kejuruteraan genetik dapat diertikan dengan pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.Seperti yang kita tahu semua kehidupan terdiri dari unsur yang asas iaiatu DNA. Tidak kira haiwan atau tumbuhan , semuanya mempunyai DNA, bahkan Virus juga mempuyai RNA atau DNA.Didalam DNA inilah tersimpanya maklumat maklumat yang diperlukan bagi sesuatu sel itu untuk berfungsi seperti biasa.

Ada banyak teknik dalam kejuruteraan genetik, secara ringkasnya

Pengasingan Gen yang dikehendaki
Pengisian gen-gen tersebut kedalam vektor( sasaran)
Transformasi sel bagi organisma yang diubahsuai
GMO(Organisma yang diubahsuai genetiknya) adalah berbeza dari organisma yang tidak diubah suai)

Saudara pernah tak terfikir bagaimana pada satu ketika dahulu