21 July 2008

Kejuruteraan Genetik

Photobucket

Secara ringkasnya kejuruteraan genetik dapat diertikan dengan pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.Seperti yang kita tahu semua kehidupan terdiri dari unsur yang asas iaiatu DNA. Tidak kira haiwan atau tumbuhan , semuanya mempunyai DNA, bahkan Virus juga mempuyai RNA atau DNA.Didalam DNA inilah tersimpanya maklumat maklumat yang diperlukan bagi sesuatu sel itu untuk berfungsi seperti biasa.

Ada banyak teknik dalam kejuruteraan genetik, secara ringkasnya

Pengasingan Gen yang dikehendaki
Pengisian gen-gen tersebut kedalam vektor( sasaran)
Transformasi sel bagi organisma yang diubahsuai
GMO(Organisma yang diubahsuai genetiknya) adalah berbeza dari organisma yang tidak diubah suai)

Saudara pernah tak terfikir bagaimana pada satu ketika dahulu
padi ditanam hanya membuahkan hasil sekali setahun manakala pada masa kini padi hanya memerlukan masa 4 bulan sahaja untuk dituai? Dan pernah tak saudara terfikir bagaimana hormon insulin yang digunakan dalam perubatan dihasilkan? Semua ini melalui proses bioteknologi.

Misalnya pada masa kini ,wujud jagung dan padi yang ditanam tidak perlu lagi di sembur racun serangga kerana tumbuhan itu sendiri dapat menghasilkan racun serangga .Ianya dilakukan dengan proses pemindahan gen dari sejenis bakteria yang menghasilkan toksin kedalam tumbuhan tersebut.Maka apabila dipindahkan, secara tidak langsung DNA tumbuhan tersebut mempunyai arahan baru untuk menghasilkan racun itu sendiri.

Beberapa tahun lepas , beberapa orang saintis telah menunjukkan bagaimana gen kunang kunang yang dipindahkan kedalam pokok tembakau dan hasilnya kita dapat melihat pokok tembakau tersebut mengeluarkan cahaya seperti kunang- kunang! Menakjubkan bukan!lihat gambar

Photobucket

Teknologi ini masih baru lagi dan banyak lagi yang perlu diteroka, terutamnya kepentingannya dari segi perubatan, industri dan pertanian.Kita tidak pasti, sejauhmanakah teknologi ini berkembang pada masa akan datang. Semoga ianya digunakan untuk tujuan kemaslahatan dan bukannya menjadi senjata pemusnah manusia itu sendiri .Wallahua`lam

No comments: