14 July 2008

Kejuruteraan Bioperubatan

kejut bioprubtn

Kejuruteraan bioperubatan didefinisikan sebagai aplikasi teknik dan prinsip kejuruteraan kepada bidang perubatan. Menurut Professor John G. Webster, kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.

Ia merupakan penggunaan kemahiran reka bentuk dan mengatasi masalah dalam kejuruteraan dalam sains biologi dan perubatan untuk membaiki perkhidmatan kesihatan untuk para pesakit serta kualiti hidup individu-individu. Ia lebih berkait dengan biologi, isu keselamatan dan pengawasan berbanding kejuruteraan bentuk lain.

Secara umumnya, bidang kejuruteraan tradisional yang menjadi asas kepada kejuruteraan bioperubatan adalah kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.Prinsip kedua-kedua bidang kejuruteraan ini menjadi asas kepada silibus kejuruteraan dalam kejuruteraan bioperubatan.Cabang-cabang kejuruteraan lain termasuklah kejuruteraan kimia, kejuruteraan optikal dan kejuruteraan bahan.

Jurutera bioperubatan telah diajar dan perlu mengetahui ilmu-ilmu asas dalam kejuruteraan-kejuruteraan tersebut seperti Analisis Litar, Elektronik Analog dan Digital, Pemprosesan Isyarat, Sistem Kawalan, Statik dan Dinamik, Teori Elektromagnet, dan juga Matematik Kejuruteraan. Selain itu, jurutera bioperubatan turut diajar subjek-subjek perubatan seperti anatomi dan fisiologi untuk membolehkan mereka memahami mengaplikasikan ilmu kejuruteraan tersebut kepada sistem manusia.

Kejuruteraan bioperubatan merupakan bidang yang baru, dan merangkumi penyelidikan dan pembangunan dalam bioinfomatik, pengimejan perubatan, pemprosesan imej, pemprosesan isyarat fisiologi, biomekanik, biobahan, biokejuruteraan, analisis sistem, pemodelan 3-D dan sebagainya.

Contoh pengaplikasian kejuruteraan bioperubatan termasuk perkembangan dan pembuatan prostetik, alat perubatan, alat diagnosis, alat pengimejan seperti MRI dan EEG serta ubat farmaseutik.

Kebanyakan peranti perubatan adalah selamat, sama ada yang memangnya selamat ataupun yang mempunyai peranti atau sistem tambahan agar dapat mengesan kegagalan mereka dan menutup secara automatik. Biasanya, peraturan asas adalah satu kegagalan tidak harus menjadikan kaedah terapi itu tidak selamat pada sebarang masa dalam kitaran tempoh hayatnya.

No comments: