14 July 2008

Kejuruteraan Perhubungan

Kejuruteraan perhubungan atau kejuruteraan telekomunikasi merupakan bidang kejuruteraan yang menggabungkan bidang kejuruteraan Perhubungan, Elektronik komputer dan teknologi maklumat.

Ia mula mendapat perhatian apabila permintaan terhadap kecekapan sistem penghantaran maklumat menjadi semakin penting. Kini, semua urusan yang melibatkan pertukaran maklumat perlu dilakukan dengan mudah, cepat, murah dan mempunyai tahap keselamatan dan keboleharapan yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya infrastruktur dan tenaga mahir di dalam bidang telekomunikasi. Oleh itu, ahli sains dan teknologi serta jurutera yang mahir dan cekap dalam bidang sistem telekomunikasi, elektronik, komputer dan teknologi maklumat amat diperlukan.

Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

No comments: