12 July 2008

Kejuruteraan Elektrik

Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik.
Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Photobucket

Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan. Bidang ini menjadi pekerjaan yang semakin dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan pengkomersialan telegraf elektrik dan bekalan tenaga elektrik. Bidang ini terdiri daripada beberapa subbidang, termasuk kejuruteraan kuasa, elektronik, sistem kawalan, pemprosesan isyarat, telekomunikasi.

Photobucket

Litar elektronikKejuruteraan elektrik tidak semestinya merangkumi kejuruteraan elektronik. Oleh itu, bidang ini kadangnya dikenali sebagai "kejuruteraan eletrik dan elektronik". Kejuruteraan elektrik merujuk kepada penanganan masalah berkenaan dengan sistem elektrik besar seperti penghantaran kuasa dan kawalan motor; manakala kejuruteraan elektronik merupakan kajian sistem elektronik kecil seperti komputer dan litar bersepadu. Dalam kata lain, kejuruteraan elektrik merupakan cara menghantar tenaga menggunakan elektrik, manakala kejuruteraan elektronik merupakan cara menghantar maklumat melalui elektrik.

Keterangan Tugas
Menganalisa dan menyelesaikan masalah kejuruteraan;
Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan peralatan dan kemudahan kuasa elektrik;
Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, litar pintas, talian penghantaran dan peralatan lain;
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem bagi motor elektrik, kuasa tarikan elektrik dan peralatan lain atau perkakas elektrik domestik;
Mentafsir spesifikasi, lukisan, piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan perlatan kuasa elektrik dan peggunaannya;
Menyusun dan mengurus sumber yang digunakan dalam membekalkan komponen, mesin perkakas dan peralatan elektrik;
Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, suis gear, kabel dan kelengkapan;
Menyelia operasi penyelenggaraan stesen kuasa, sistem penghantaran dan pengagihan dan loji perindustrian;
Menyediakan piawaian dan prosedur kawalan untuk memastikan sistem penjanaan dan pengagihan, motor dan peralatan elektrik berfungsi dengan cekap dan selamat;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaiatan;
Membuat kerja-kerja penyeliaan dll.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini
Diantaraanya:
Jurutera Penjanaan Kuasa
Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa
Jurutera Pencahayaan Elektrik
Jurutera Peralatan Elektromekanik

Ciri-Ciri Peribadi
Mempunyai kebolehan akademik
Analisa, minda yang analitik
Cekap mengenalpasti punca masalah
Mampu membuat penyelesaian,
Berkebolehan untuk menganalisa kesulitan dan mampu menterjemahkan kepada bentuk yang praktikal
Tegas dalam membuat keputusan,
Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan
Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan
Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat
Profesional dalam hubungan dengan personel sokongan
Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar

Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk jurutera elektrik amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, pemesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar.
Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.
Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji DLL .
Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Teknologi Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sabah
7. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
8. Universiti Teknologi Mara
9. Politeknik-Politeknik
10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Inti College
3. Kolej Bandar Utama
4. Kolej Ikram
5. L & G - Twintech Institute Of Technology
6. Pusat Teknologi Dan Pengurusan Lanjutan (Ptpl)
7. Sedaya College
8. Sepang Institute Of Technology
9. Taylor's College

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau lulus STPM Gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau yang berkaitan.

No comments: