08 July 2008

Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )

Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.


Photobucket Delta Robot

Keterangan Tugas.

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;

  • Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem gantungan, brek, komponen-komponen lain;

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan;

  • Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;

  • Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;

  • Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat;

  • Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;

  • Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;

  • Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar lain yang berkaitan;

  • Menyelia pekerja yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

  • Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

  • Jurutera Kuasa Nuklear

  • Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

  • Jurutera Kenderaan /Automotif

  • Jurutera Mekanik/Aeronautik

  • Jurutera Marin Dll

Ciri-Ciri Peribadi

  • Mempunyai kebolehan akademik

  • Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

  • Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

  • Minat dalam keushawanan

  • Ketepatan dalam kerja

  • Kecenderungan kepada bidang mekanik

  • Minat dalam proses-proses mekanik

  • Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

  • Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

  • Boleh bekerja berpasukan secara berpasukan

  • Mempunyai minda yang kreatif dan analitik

  • Kemampuan dalam perincian, Dll.

Kelulusan

Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Malaya

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Universiti Teknologi Malaysia

4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

5. Universiti Teknologi Mara

6. Universiti Sains Malaysia

7. Universiti Putra Malaysia

8. Universiti Malaysia Sarawak

9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn

10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Tenaga Nasional

2. Universiti Teknologi Petronas

3. Universiti Multimedia Malaysia

4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd

5. Institut Teknologi Pertama

6. Kolej Ikram

7. Inti College

8. Kolej Linton

9. L & G Twintech Institute Of Technology

10. Sepang Institute Of Technology Dll

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

17 comments:

bg long said...

TRIMA KASIH BNYAK2
DNGAN AD NTA BNDA NIE
SIAP DAH ASSIGNMEN SAYA
HAHAHHA
LAST MNUTE DA NIE
HAHAHA

Meya Asmira said...

HAHA sama sama.

............. said...

good blog you have..nice..
nk tanya,kalau SPM wajib A subjek apa????

............. said...

good blog you have..nice..
nk tanya,kalau SPM wajib A subjek apa????

Unknown said...

kekosongan jawatan di malaysia jobs available here.

Unknown said...

macam mana dengan Politeknik Premier??sama ke tarap Politerknik Premier dengan universiti yang disebutkan??

Unknown said...

kalau spm saye 9A kurus n bi&kimia c camne

Unknown said...

adakah mampu untuk saye sertai kos ini beserta biasiswa n alaun

Unknown said...

salam ada tak skop kerja jurutera mekanikal dalam pembinaan rumah?

Unknown said...

Saya dalam kelas sastera tetapi amat meminati bidang ini... adakah saya layak?

mycadcae said...

myblognikwell.blogspot.com/

layari

Unknown said...

hai. saya mmpnyai diploma electronic tech. tapi saya nak sambung ambk mechanical engineering. dapat? boleh jelaskan.

Unknown said...


Salam:)
Adik saya telah menyambung pelajaran dalam bidang Civil Engineering dan srkg dy di sem 3.Namun result dy x OK sgt n dy ada kna repeat sbyk 2 paper. Srkg nie dy brbelah bahagi utk truskn dlm bidang civil or tukar course. So saya nk tya pndapat anda yg lebih mengetahui mengenai bidang ini. Adakah lebih baik dy teruskan atau tidak?

Lim said...

Jika dia mampu rasenya bole saja teruskan. Tk dinafikan civil mmg agak mencabar tapi tk bermakna mechanical mudah. Mechanical juga mencabar ya. Skrg ni nasihat yg boleh dipakai ialah ikut diri sendiri, klau minat masih lagi dgn civil so teruskan sbb klau semudah mana pun mechanical tetapi tk minat still susah. Klau baru nak pilih course, saya lebih syorkan mechanical kerana peluang kerja yg lebih tinggi kerana di malaysia ada banyak kilang serta industri lain yg memerlukan jurutera mechanical ini. Civil pulak agak susah di malaysia kerana malaysia bukan seperti jepun, korea mahupun china yg dimana negara mereka sngat pesat membangun tambahan lagi dlm pembangunan. Negara kita ketika ini di kl sahj yg btul2 membangun jadi civil ni kena bersaing sikit nk dpt kerja. Jika berhasrat kerja di luar negara, boleh teruskan

Unknown said...

Mechanical engineering ni sama ke dgn aviation engineering?Mechanical engineering bole jadi pilot ke?

Unknown said...

Bukan jadi pilot,i meann boleh jadi engineer kat airport ke?

Unknown said...

Sejarah dan bahasa Melayu